Sunday, January 17, 2010

Ujian Jisim Magnetik Dan Penyerapan PDF Cetak E-mail

Keterangan Kursus:
Kursus ini menyediakan appresiasi lengkap dalam teknik dan kaedah ujian jisim magnetik dan penyerapan. Kandungan teori yang tinggi dan amali yang berkaitan ditawarkan dan bersesuaian dengan pelbagai pekerja NDT termasuk Inspektor QC dan juruteknik. Kursus ini berkait dengan pemeriksaan struktur forging, casting dan kimpalan. Ia adalah kursus yang diperakui oleh PCN dan merupakan persediaan yang terbaik bagi peperiksaan tahap 1 dan tahap 2.


Kumpulan Sasaran:
Ijazah/diploma dalam Kejuruteraan


Kerjaya dan Masa Depan:

Pelatih akan dikenali sebagai Inspektor NDT dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk memenuhi keperluan dalam pasaran tempatan dan global

Jangka masa kursus:

2 bulan


Pensijilan:

PCN Tahap 2 (Ujian Jisim Magnetik dan Ujian Penyerapan)


Kandungan Kursus:

Ujian Jisim Magnetik

  • Prinsip Magnetisme
  • Keperluan latar belakang untuk prosedur ujian
  • Peralatan MPI
  • Teknik digunakan
  • keselamatan
  • Prosedur Laporan
  • Ujian Penyerapan
  • Sistem Ujian Penyerapan
  • Garis panduan pemilihan sistem untuk digunakan.
  • Keselamatan
  • Prosedur Laporan

Umum

  • Keperluan Peperiksaan.
  • Liputan Piawaian British yang Berkaitan.
  • PT/MPI berbanding NDT yang lain.

No comments:

Post a Comment