Sunday, January 17, 2010

LAWATAN AKADEMIK KOLEJ TESDEC KE LUAR NEGARA PDF Cetak E-mail

Satu rombongan yang terdiri daripada ahli Lembaga Pengarah serta kakitangan Kolej TESDEC yang diketuai oleh Y.B. En. Ahmad Razif bin Ab Rahman selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Kolej TESDEC telah mengadakan lawatan di dua buah Negara iaitu Perancis dan England pada bulan Jun yang lalu. Tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk mengadakan memorandum persefahaman dengan institusi pendidikan di sana serta mencari dan mengenalpasti peluang – peluang dalam bidang latihan yang terkini.

Rombongan berkenaan telah melawat dua buah pusat pendidikan di negara Perancis iaitu Campus France dan juga AFPA ( The French National Assosiation for Adult Vocational Training ). Campus France merupakan sebuah agensi kerajaan yang terlibat dalam aspek promosi pendidikan tinggi Perancis. Di Campus France delegasi rombongan telah di beri taklimat berkaitan peluang dan kemudahan dalam aspek pendidikan yang terdapat di Negara Perancis. Ekoran daripada itu, Kolej TESDEC berhasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan institusi pendidikan di negara tersebut untuk melatih tenaga pengajar kolej dalam beberapa bidang yang berkaitan.

AFPA merupakan sebuah organisasi yang di tubuhkan oleh kerajaan negeri Perancis bertujuan untuk memberikan peluang latihan berasaskan kemahiran kepada rakyat mereka bagi memudahkan untuk menceburi dalam pelbagai bidang pekerjaan. Di AFPA rombongan Kolej TESDEC telah di beri taklimat berkaitan fungsi dan pelaksanaan AFPA dan kejayaan – kejayaan yang telah dicapai. Kolej TESDEC berminat menggunapakai model latihan yang telah digunakan oleh AFPA bagi tujuan pendidikan kemahiran di sini. Antara bidang kemahiran yang dikenalpasti adalah berkaitan teknologi automotif dan juga hospitaliti.

Seterusnya rombongan ini telah mengadakan memorandum persefahaman (MOU) dengan institusi latihan di Crambridge, England iaitu Welding Institute (TWI). TWI adalah pusat latihan bertaraf antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan dan latihan dan juga penyelidikan dalam bidang kimpalan dan penyambungan bahan. MOU tersebut adalah merupakan langkah pertama Kolej TESDEC dalam usaha untuk mengadakan usahasama dalam mengendalikan program – program kemahiran tahap antarabangsa. Kolej TESDEC juga berminat untuk menghantar tenaga pengajar bagi menjalani latihan di sana bagi memudahkan proses pemindahan teknologi dalam bidang berkenaan. Selain daripada kerjasama dalam bidang pendidikan, Kolej TESDEC melalui anak syarikatnya TESDEC Service Sdn Bhd juga akan menggunakan kepakaran pihak TWI untuk meninjau peluang – peluang perniagaan yang boleh di ceburi dalam industri minyak dan gas di Terengganu.

Image

Image

Image

No comments:

Post a Comment