Sunday, January 17, 2010

Aktiviti-aktiviti di Kolej Tesdec:

  • Majlis Perasmian Bangunan Al-Farabi
  • Program Motivasi Dan Pengukuhan IPTS Zon Timur 2009
  • Lawatan politeknik Manufaktur Bandung (POLMAN) Ke Tesdec
  • Explorace Kolej Tesdec
  • Majlis Sambutan Hari Raya 2009
  • Lawatan Akedemik Kolej Tesdec Ke Luar Negara
  • Kempen Derma Darah
  • Festival Hari Guru 2009
PROGRAM MOTIVASI DAN PENGUKUHAN IPTS ZON TIMUR 2009 PDF Cetak E-mail

Pada 26 Disember 2009, Kolej TESDEC telah menganjurkan program Motivasi dan Pengukuhan IPTS Zon Timur 2009 yang telah diadakan di Peladang Setiu Agro Resort selama 3 hari. Program ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. En. Mohd Razif bin Abdul Majid, Ketua Penolong Pegawai Daerah Setiu. Sebanyak 5 buah IPTS yang turut serta bagi menjayakan program ini iaitu Kolej Cosmopoint, Kolej Inforana, Kolej Multimedia Timur, Kolej Teknologi Bestari dan Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) yang terdiri daripada 70 orang peserta dari institusi berkenaan.

Kolej TESDEC berbesar hati menerima kunjungan dari Y.Bhg. En. Ahmad Razif Bin Abd. Rahman,Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu merangkap Pengerusi Kolej TESDEC untuk menyempurnakan Majlis Penutup bagi Program Motivasi Dan Pengukuhan Keusahawan Pelajar IPTS Zon timur 2009 ini.

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
MAJLIS BERBUKA PUASA PDF Cetak E-mail

MAJLIS BERBUKA PUASA

Sempena bulan yang mulia ini, Kolej Tesdec telah menganjurkan majlis berbuka puasa untuk semua kakitangan dan pelatih-pelatih pada 26 Ogos 2009 . Majlis ini telah dihadiri oleh Pengarah Eksekutif Kolej Tesdec, Yg. Bhg En. Che Razali bin Adis dan semua kakitangan Kolej Tesdec. Majlis bertempat di Lobi Bangunan Al-Farabi bermula pada pukul 6.30 petang dengan kakitangan dan pelajar mengambil tempat masing-masing. Majlis di mulakan dengan Ucapan alu-aluan dari Pengarah Eksekutif,. Seterusnya bacaan Tahlil dan doa di ketuai oleh Ustaz Maliki Mohd.

Image

Image
KEMPEN DERMA DARAH PDF Cetak E-mail

Pada 27hb Mei 2009, satu kempen derma darah dari Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu di adakan di Kolej TESDEC yang melibatkan kakitangan dan juga pelatih. Kempen di mulakan dengan sesi ceramah yang di sampaikan oleh Pegawai Perubatan dari Hospital Sultanah Nur Zahirah kepada pelatih Kolej TESDEC dan seterusnya ke bahagian lobi untuk menderma darah. Seramai 16 petugas dari Hospital Sultanah Nur Zahirah menjalankan kempen derma darah ini.


Image

Image

Image
MAJLIS MINI KONVOKESYEN 2009 PDF Cetak E-mail

Seramai 145 pelatih TESDEC yang telah berjaya menamatkan kursus diraikan baru-baru ini dalam Majlis Mini Konvokesyen 2009. Majlis ini merupakan pengiktirafan yang diberikan atas kejayaan para pelatih dalam usaha menambah ilmu dan pengetahuan dalam bidang teknikal sebelum memasuki alam pekerjaaan.

Istiadat konvokesyen yang diadakan di Dewan Besar Wisma Darul Iman merupakan konvokesyen kali ke 3 diadakan dan antara pelatih yang diraikan terdiri daripada pelatih-pelatih kemahiran bagi kursus Kimpalan Arka Logam Berperisai, Pemasangan Paip Gas, Pembuat Pakaian Wanita dan juga Juruteknik Elektrik.

Penganugerahan sijil telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Tn. Hj Mustafa bin Khalid, Timbalan Pengarah UPEN (Makro) merangkap Ahli Lembaga Pengarah TESDEC. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ahli-Ahli Lembaga Pengarah TESDEC, Ketua-Ketua Jabatan, dif-dif jemputan serta barisan ibu bapa yang mengiringi pelatih-pelatih yang berjaya.

Image
http://www.tesdec.edu.my/v3/images/stories/konv6.jpg
LAWATAN AKADEMIK KOLEJ TESDEC KE LUAR NEGARA PDF Cetak E-mail

Satu rombongan yang terdiri daripada ahli Lembaga Pengarah serta kakitangan Kolej TESDEC yang diketuai oleh Y.B. En. Ahmad Razif bin Ab Rahman selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Kolej TESDEC telah mengadakan lawatan di dua buah Negara iaitu Perancis dan England pada bulan Jun yang lalu. Tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk mengadakan memorandum persefahaman dengan institusi pendidikan di sana serta mencari dan mengenalpasti peluang – peluang dalam bidang latihan yang terkini.

Rombongan berkenaan telah melawat dua buah pusat pendidikan di negara Perancis iaitu Campus France dan juga AFPA ( The French National Assosiation for Adult Vocational Training ). Campus France merupakan sebuah agensi kerajaan yang terlibat dalam aspek promosi pendidikan tinggi Perancis. Di Campus France delegasi rombongan telah di beri taklimat berkaitan peluang dan kemudahan dalam aspek pendidikan yang terdapat di Negara Perancis. Ekoran daripada itu, Kolej TESDEC berhasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan institusi pendidikan di negara tersebut untuk melatih tenaga pengajar kolej dalam beberapa bidang yang berkaitan.

AFPA merupakan sebuah organisasi yang di tubuhkan oleh kerajaan negeri Perancis bertujuan untuk memberikan peluang latihan berasaskan kemahiran kepada rakyat mereka bagi memudahkan untuk menceburi dalam pelbagai bidang pekerjaan. Di AFPA rombongan Kolej TESDEC telah di beri taklimat berkaitan fungsi dan pelaksanaan AFPA dan kejayaan – kejayaan yang telah dicapai. Kolej TESDEC berminat menggunapakai model latihan yang telah digunakan oleh AFPA bagi tujuan pendidikan kemahiran di sini. Antara bidang kemahiran yang dikenalpasti adalah berkaitan teknologi automotif dan juga hospitaliti.

Seterusnya rombongan ini telah mengadakan memorandum persefahaman (MOU) dengan institusi latihan di Crambridge, England iaitu Welding Institute (TWI). TWI adalah pusat latihan bertaraf antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan dan latihan dan juga penyelidikan dalam bidang kimpalan dan penyambungan bahan. MOU tersebut adalah merupakan langkah pertama Kolej TESDEC dalam usaha untuk mengadakan usahasama dalam mengendalikan program – program kemahiran tahap antarabangsa. Kolej TESDEC juga berminat untuk menghantar tenaga pengajar bagi menjalani latihan di sana bagi memudahkan proses pemindahan teknologi dalam bidang berkenaan. Selain daripada kerjasama dalam bidang pendidikan, Kolej TESDEC melalui anak syarikatnya TESDEC Service Sdn Bhd juga akan menggunakan kepakaran pihak TWI untuk meninjau peluang – peluang perniagaan yang boleh di ceburi dalam industri minyak dan gas di Terengganu.

Image

Image

Image
Carta Organisasi PDF Cetak E-mail
Image
Seni Bina Rekabentuk Mikropemproses PDF Cetak E-mail

Objektif:

· Bagi memperkenalkan konsep teras dalam reka bentuk dan seni bina mikropemproses.

· Untuk membezakan reka bentuk mikropengawal dan mikropemproses

· Untuk memahami rekabentuk seni bina mikropengawal dan mikropemproses

· Untuk mendapat pengalaman amali secara hands-on dalam merekabentuk dan menguji sistem menggunakan mikropemproses dan mikropengawal

· Untuk mendapat peluang pekerjaan bagi pelatih setelah menyelesaikan kursus ini


Kumpulan Sasaran:

Diploma/Ijazah dalam Kejuruteraan, Multimedia, ICT, Rekaan Grafik, Animasi, Sains & Sains Gunaan

Kerjaya dan Masa Depan:

Mereka yang mempunyai sijil berpeluang untuk bekerja sebagai Penolong Jurutera atau Jurutera dalam syarikat penghasilan komponen yang terlibat secara langsung dalam Penyelidikan dan Pembangunan Sistem

Jangka Masa Kursus:

8 bulan (4 bulan di TESDEC, 4 bulan latihan di industri-industri berkaitan)

Pengiktirafan:
Universiti Teknologi Malaysia


Kandungan Kursus:

Gambaran keseluruhan untuk Mikropemproses dan Mikropengawal

1.1 Mikropemproses

1.1.1 SistemGambarajah Blok

1.1.2 Sistem Bas

1.1.3 Unit Memori

1.1.4 Unit Input-output

1.2Mikropengawal

1.2.1 Unit Pemprosesan Pusat

1.2.2 Bas

1.2.3 Unit Input-output

1.2.4 Komunikasi Bersiiri

1.2.5 Unit Pemasaan


2. Pengenalan Kepada Bahasa Pengaturcaraan C dalam Mikropemproses

2.1 Elemen Bahasa Pengaturcaraan C

2.2 Tanda Bacaan Token

2.3 Data

2.4 Nama

2.5 Makro

3. Rekabentuk Perkakasan

3.1 Pengenalan Rekabentuk Perkakasan

3.2 Komponen dan Rekabentuk Utama

3.3 Organisasi memori

3.4 BIOS

3.5 Pengenalan Sistem dan Blok Pengguna

3.6 Sokongan Bios untuk Pengklonan Program

3.7 Sokongan dan Rekabentuk Kuasa-Rendah

3.8 Memori Flash Tambahan

4. Projek

4.1 Rekabentuk Komunikasi Port Bersiri

4.2 Rekabentuk Komunikasi IrDA

4.3 Embedded Online Server

4.4 Peranti Tanpa Wayar Stand Alone

Inspektor Kimpalan PDF Cetak E-mail

Keterangan Kursus:

Kursus ini disediakan untuk pekerja-pekerja yang berpengalaman dalam pemeriksaan kimpalan, latihan kimpalan atau penyeliaan kimpalan dan berkeinginan untuk mendapat kelayakan formal. Kandungan kursus ini menitikberatkan bidang teori dan turut menyediakan elemen amali.

Kumpulan Sasaran:

Ijazah/diploma dalam Kejuruteraan


Kerjaya dan Masa Depan:

Pelatih akan dikenali sebagai Inspektor Kimpalan PCN dengan kemahiran memeriksa bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan dan global.

Jangkamasa Kursus:

2 bulan

Pensijilan:

PCN Tahap 2 (Inspektor Kimpalan)


Kandungan Kursus:

  • Proses Kimpalan
  • Penggunaan
  • Prosedur
  • Kerosakan Kimpalan
  • Spesifikasi
  • Analisis Spesifikasi
  • Memotong dan Penyediaan Gabungan
  • Asas Kegunaan Keluli
  • Zon Dipengaruhi Haba
  • Pre-heat and post heat
  • Simbol Kimpalan
  • Latihan Amali
  • Peperiksaan silibus
Ujian Jisim Magnetik Dan Penyerapan PDF Cetak E-mail

Keterangan Kursus:
Kursus ini menyediakan appresiasi lengkap dalam teknik dan kaedah ujian jisim magnetik dan penyerapan. Kandungan teori yang tinggi dan amali yang berkaitan ditawarkan dan bersesuaian dengan pelbagai pekerja NDT termasuk Inspektor QC dan juruteknik. Kursus ini berkait dengan pemeriksaan struktur forging, casting dan kimpalan. Ia adalah kursus yang diperakui oleh PCN dan merupakan persediaan yang terbaik bagi peperiksaan tahap 1 dan tahap 2.


Kumpulan Sasaran:
Ijazah/diploma dalam Kejuruteraan


Kerjaya dan Masa Depan:

Pelatih akan dikenali sebagai Inspektor NDT dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk memenuhi keperluan dalam pasaran tempatan dan global

Jangka masa kursus:

2 bulan


Pensijilan:

PCN Tahap 2 (Ujian Jisim Magnetik dan Ujian Penyerapan)


Kandungan Kursus:

Ujian Jisim Magnetik

  • Prinsip Magnetisme
  • Keperluan latar belakang untuk prosedur ujian
  • Peralatan MPI
  • Teknik digunakan
  • keselamatan
  • Prosedur Laporan
  • Ujian Penyerapan
  • Sistem Ujian Penyerapan
  • Garis panduan pemilihan sistem untuk digunakan.
  • Keselamatan
  • Prosedur Laporan

Umum

  • Keperluan Peperiksaan.
  • Liputan Piawaian British yang Berkaitan.
  • PT/MPI berbanding NDT yang lain.