Sunday, January 17, 2010

Aktiviti-aktiviti di Kolej Tesdec:

  • Majlis Perasmian Bangunan Al-Farabi
  • Program Motivasi Dan Pengukuhan IPTS Zon Timur 2009
  • Lawatan politeknik Manufaktur Bandung (POLMAN) Ke Tesdec
  • Explorace Kolej Tesdec
  • Majlis Sambutan Hari Raya 2009
  • Lawatan Akedemik Kolej Tesdec Ke Luar Negara
  • Kempen Derma Darah
  • Festival Hari Guru 2009
PROGRAM MOTIVASI DAN PENGUKUHAN IPTS ZON TIMUR 2009 PDF Cetak E-mail

Pada 26 Disember 2009, Kolej TESDEC telah menganjurkan program Motivasi dan Pengukuhan IPTS Zon Timur 2009 yang telah diadakan di Peladang Setiu Agro Resort selama 3 hari. Program ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. En. Mohd Razif bin Abdul Majid, Ketua Penolong Pegawai Daerah Setiu. Sebanyak 5 buah IPTS yang turut serta bagi menjayakan program ini iaitu Kolej Cosmopoint, Kolej Inforana, Kolej Multimedia Timur, Kolej Teknologi Bestari dan Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) yang terdiri daripada 70 orang peserta dari institusi berkenaan.

Kolej TESDEC berbesar hati menerima kunjungan dari Y.Bhg. En. Ahmad Razif Bin Abd. Rahman,Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu merangkap Pengerusi Kolej TESDEC untuk menyempurnakan Majlis Penutup bagi Program Motivasi Dan Pengukuhan Keusahawan Pelajar IPTS Zon timur 2009 ini.

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
MAJLIS BERBUKA PUASA PDF Cetak E-mail

MAJLIS BERBUKA PUASA

Sempena bulan yang mulia ini, Kolej Tesdec telah menganjurkan majlis berbuka puasa untuk semua kakitangan dan pelatih-pelatih pada 26 Ogos 2009 . Majlis ini telah dihadiri oleh Pengarah Eksekutif Kolej Tesdec, Yg. Bhg En. Che Razali bin Adis dan semua kakitangan Kolej Tesdec. Majlis bertempat di Lobi Bangunan Al-Farabi bermula pada pukul 6.30 petang dengan kakitangan dan pelajar mengambil tempat masing-masing. Majlis di mulakan dengan Ucapan alu-aluan dari Pengarah Eksekutif,. Seterusnya bacaan Tahlil dan doa di ketuai oleh Ustaz Maliki Mohd.

Image

Image
KEMPEN DERMA DARAH PDF Cetak E-mail

Pada 27hb Mei 2009, satu kempen derma darah dari Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu di adakan di Kolej TESDEC yang melibatkan kakitangan dan juga pelatih. Kempen di mulakan dengan sesi ceramah yang di sampaikan oleh Pegawai Perubatan dari Hospital Sultanah Nur Zahirah kepada pelatih Kolej TESDEC dan seterusnya ke bahagian lobi untuk menderma darah. Seramai 16 petugas dari Hospital Sultanah Nur Zahirah menjalankan kempen derma darah ini.


Image

Image

Image
MAJLIS MINI KONVOKESYEN 2009 PDF Cetak E-mail

Seramai 145 pelatih TESDEC yang telah berjaya menamatkan kursus diraikan baru-baru ini dalam Majlis Mini Konvokesyen 2009. Majlis ini merupakan pengiktirafan yang diberikan atas kejayaan para pelatih dalam usaha menambah ilmu dan pengetahuan dalam bidang teknikal sebelum memasuki alam pekerjaaan.

Istiadat konvokesyen yang diadakan di Dewan Besar Wisma Darul Iman merupakan konvokesyen kali ke 3 diadakan dan antara pelatih yang diraikan terdiri daripada pelatih-pelatih kemahiran bagi kursus Kimpalan Arka Logam Berperisai, Pemasangan Paip Gas, Pembuat Pakaian Wanita dan juga Juruteknik Elektrik.

Penganugerahan sijil telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Tn. Hj Mustafa bin Khalid, Timbalan Pengarah UPEN (Makro) merangkap Ahli Lembaga Pengarah TESDEC. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ahli-Ahli Lembaga Pengarah TESDEC, Ketua-Ketua Jabatan, dif-dif jemputan serta barisan ibu bapa yang mengiringi pelatih-pelatih yang berjaya.

Image
http://www.tesdec.edu.my/v3/images/stories/konv6.jpg